Bab
1: Pengenalan kepada Komputer
-
organisasi dan seni bina komputer
-
konsep asas sistem pengoperasian komputer
1.
Pengenalan kepada sebuah sistem komputer
a.
Sebuah sistem komputer secara asasnya terdiri dari
penerima input dan pemberi output.
b.
Secara ringkas dan mudah difahami:
- Apa yang kita taip dan masukkan ke dalam komputer dikenali sebagai INPUT.
·
Contoh: Kertas kerja yang kita taip, gambar yang
kita imbas
- Apa yang dipaparkan kepada kita dari komputer dikenali
sebagai output.
·
Contoh: Kertas yang kita cetak keluar dari pencetak,
gambar yang ditunjukkan di atas skrin komputer, bunyi yang dikeluarkan
2. Peranti input dan output adalah peralatan atau perkakasan yang digunakan di
dalam sebuah sistem komputer . Berikut diterangkan dengan lebih teliti lagi
tentang perkakasan tersebut.
a.
Peranti input: menerima kemasukan maklumat
dari pengguna komputer dan menghantar maklumat tersebut ke dalam komputer untuk
diproses.
b.
Contoh-contoh peranti input yang biasa adalah:
i.
Mouse (tetikus)
· Mouse menerima input pengguna berasaskan sentuhan pada dua butang yang terdapat di atasnya.
·
Butang tersebut biasanya digunakan untuk interaksi
pengguna di atas skrin seperti mengklik butang tindakan, tutup/buka program dan
yang seumpamanya.
ii. Keyboard (papan kekunci)
·
Mempunyai struktur yang hampir sama seperti apa yang
terdapat pada mesin taip.
·
Digunakan untuk memasukkan teks ke dalam komputer.
·
Menaip surat ,
karangan, kertas kerja
c. Peranti output: memaparkan maklumat yang
telah diproses oleh komputer untuk dilihat atau digunakan oleh pengguna.
d. Contoh peranti output yang biasa adalah:
i.
Monitor
·
Memaparkan maklumat yang kelihatan di atas
skrin
·
Maklumat yang biasa dipaparkan di atas skrin adalah:
gambar, permainan komputer, tayangan filem
ii.
Projektor LCD
·
Fungsi yang sama seperti monitor tetapi lebih
digunakan untuk ditayangkan disebuah bilik atau kawasan yang luas.
iii.
Pencetak
·
Mengeluarkan maklumat dalam bentuk salinan
kertas.
·
Juga dikenali sebagai pengeluar hard copy.
·
Salinan dalam disket dikenali sebagai soft copy.
iV
Speaker Audio
·
Mengeluarkan maklumat dalam bentuk
bunyi/audio
·
Contohnya bunyi muzik, untuk menarik perhatian
pengguna.
Bagaimanakah input diproses oleh
komputer untuk menjana output?
Untuk memahami
tentang proses ini, kita perlulah mengkaji dengan lebih mendalam tentang
bagaimana setiap komponen di dalam komputer berinteraksi dan menjalankan tugas
masing-masing.
1.
Komponen di dalam sebuah komputer.
Komponen utama di dalam sebuah sistem komputer adalah:
a.
CPU (Unit Pemproses Pusat): memproses data
b.
Ingatan Sementara:
i.
RAM (Ingatan Capaian Rawak)
ii.
Cache (membantu pemprosesan oleh CPU)
(SRAM- Static random access memory)
(DRAM-Dynamic random access memory
c.
Ingatan Kekal:
i.
Hard Disk (Cakera Keras)
ii.
Disket
iii.
ROM (Ingatan Baca Sahaja)
d.
Perkakasan atau Peranti Input / Output
a.
Bagaimana setiap komponen tersebut berinteraksi
antara satu sama lain:-
i.
Semasa komputer di ON kan , komputer akan mengambil arahan ujian
asas dari ROM.
·
Arahan asas biasanya untuk memastikan:-
i.
Semua komponen ingatan berfungsi
ii.
Semua fungsi tulis dan padam berjalan lancar
ii.
Setelah itu, komputer akan mengambil pula dari ROM
arahan Sistem Asas Input/Output (Basic Input Output System: BIOS)
·
Tujuannya:-
i.
Mendapatkan maklumat perkakasan
ii.
Dapatkan maklumat keselamatan sistem
iii.
Komputer
seterusnya akan mengambil Sistem Pengoperasi (contohnya:Windows 98) dari dalam
Hard Disk dan dimasukkan ke dalam RAM.
·
Mengapa dimasukkan ke dalam RAM?
i.
Capaian maklumat CPU lebih pantas di dalam RAM.
ii.
Semua pemprosesan dan aktiviti semasa dilaksanakan
di dalam RAM.
iii.
Hard Disk hanya untuk simpan maklumat yang telah
siap diproses.
iv.
CPU mempunyai fungsi yang sama seperti otak:
memproses maklumat.
v.
CPU akan mentafsirkan apa yang kita taip sebagai
input dan kemudian mengeluarkan output yang sesuai berdasarkan fungsi yang
mampu dibuat olehnya.
iv.
Setelah itu, apabila kita menggunakan sebarang
program aplikasi (contohnya: Word, Solitaire, Excel), ia juga akan dimasukkan
ke dalam RAM.
Perlu diingat:
i.
RAM adalah ingatan sementara khusus untuk menyimpan
maklumat yang sedang diproses.
ii.
Sebarang maklumat semasa yang kita taip diproses di
dalam RAM.
iii.
RAM hanya akan menyimpan maklumat apabila ada aliran
elektrik.
iv.
Maklumat kekal disimpan di dalam hard disk (pastikan
kita SAVE kerja kita)
v.
Maklumat yang telah diproses dan hendak disimpan
akan disimpan di dalam bentuk fail di dalam Cakera Keras (mengikut piawai
program yang kita gunakan)
1.
Sistem Pengoperasian Komputer (Operating System)
a.
Sistem Pengoperasian menentukan bagaimana
komputer kita berfungsi dan bekerja.
b.
Ia adalah perisian pertama yang kita nampak setelah komputer
di ON kan dan
juga perisian terakhir yang kita lihat sebelum kita menutupnya. (Shutdown)
c.
Secara asasnya, Sistem Pengoperasian mempunyai 2
tugas utama:-
i.
Mengurus sumber perkakasan dan perisian yang ada di
dalam sistem komputer kita seperti:-
·
Masa CPU memproses
·
Ruang RAM yang boleh digunakan oleh setiap
program
·
Ruang Cakera Keras yang perlu untuk simpanan
maklumat kekal.
Bagi tugas yang pertama ini, bayangkan Sistem Pengoperasian sebagai
ibubapa yang mengawal dan menjaga anak-anaknya (program).
Setiap anak (program) dipastikan mendapat sumber yang secukupnya (masa
CPU dan RAM) sambil bermain dengan baik dengan anak yang lain
Ia juga perlu memastikan sumber keluarga (komputer) yang terhad
digunakan dengan sebaiknya oleh setiap ahli keluarga.
ii.
Menyediakan peraturan yang konsisten (tetap) untuk
program yang berjalan dapat menggunakan atau berinteraksi dengan perkakasan
(Tetikus, Pencetak, Keyboard)
d.
Jenis-jenis Sistem Pengoperasian:-
i.
Sistem Pengoperasian Masa Nyata (Real Time
Operating System)
·
Biasanya digunakan untuk mengawal mesin di kilang,
sistem industri ataupun peralatan saintifik yang memerlukan ketepatan.
·
Tidak digunakan untuk komputer di rumah.
ii.
Satu Pengguna – Pelbagai Tugas (One User –
Multi Tasking)
·
Digunakan oleh kebanyakan pengguna seperti kita.
·
Pelbagai tugas/program dapat dibuka serentak.
·
Contoh: Sistem Pengoperasian Windows 98, 2000
iii.
Ramai Pengguna (Multi user)
·
Membolehkan ramai pengguna menggunakan sumber
komputer secara serentak.
·
Pengguna hanya disambung menggunakan terminal
monitor dan keyboard.
·
Contoh: Sistem Pengoperasian Unix, VMS.
No comments:
Post a Comment