Monday, May 14, 2012

TAJUK : PENGENALAN PERKAKASAN RANGKAIAN (PATCH PANEL)


TUJUAN : 


Kertas penerangan ini bertujuan memberi pendedahan terperinci kepada pelajar tentang salah satu perkakasan rangkaian iaitu patch panel serta cara membuat penyambungan kabel UTP pada patch panel.


PENERANGAN :

Di dalam rangkaian internet patch panel adalah salah satu perkakasan rangkaian yang di gunakan secara meluas untuk kabel jenis UTP dan juga single node kabel fiber optic.  Biasanya peralatan ini di gunakan untuk membina sebuah bilik server dan kedudukan patch panel adalah di dalam equipment rack.


1.    DEFINISI PERKAKASAN


Perkakasan komputer ini menghubungkan peranti pasif yang membolehkan anda membina komunikasi antara kumpulan komponen individu. Patch panel khas akan merangkumi lokasi pelabuhan atau jack dimana kabel jenis berpintal boleh dipasang ke peranti. Sebuah panel patch sering digunakan untuk beberapa rangkaian komputer dengan menghubungkan mereka melalui patch panel.


Kegunaan patch panel ini adalah untuk meyambungkan serta mengemaskan kedudukan kabel rangkaian yang ingin disambungkan ke hub atau switch. Reka bentuk perkakasan (patch panel) ini adalah seperti gambarajah di bawah.







1.1   Jenis-Jenis Patch Panel

Patch panel terbahagi kepada beberapa jenis yang di kelaskan mengikut jumlah port yang terdapat pada bahagian hadapan iaitu :-

1.1.1      12 port.
1.1.2      24 port.
1.1.3      48 port.
1.1.4      96 port.



1.2   Tujuan Pemasangan Patch Panel



            Patch panel ini diletakkan di dalam equipment rack. Tujuan pemasangan patch panel adalah untuk menyusun atur kabel-kabel supaya dalam keadaan kemas dan teratur. Ia perlu dilabelkan untuk menyenangkan kerja penyelanggaraan rangkaian. Penyusunan ini boleh dilihat pada gambarajah di bawah.

                  

1.    PENYAMBUNGAN KABEL UTP



Kabel UTP yang hendak disambungkan ke patch panel dengan menggunakan modular jack terletak pada bahagian belakang perkakasan tersebut, manakala di bahagian hadapan pula disambungkan menggunakan slot RJ 45. Gambarajah di bawah adalah pemasangan kabel UTP ke patch panel.

2.1   Kod Warna Pada Patch Panel



Sebelum membuat pemasangan kabel tersebut, kita perlu mengetahui serta menyusun kod warna bagi kabel UTP. Kod warna ini telah di standardkan di seluruh dunia dan kod warna ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu :-



1.1.1      TIA/EIA 568A (Type A).

1.1.2      TIA/EIA 568B (Type B).


2.2   Peralatan Pemasangan Kabel UTP Pada Patch Panel



Alat yang digunakan untuk memasukan kabel core ini ialah punch down tools. Cara untuk menggunakan punch down tools adalah, di mana kabel core perlu dimasukkan ke dalam modular jack kemudian, tekan alat ini ke bawah blok jack. Hal ini memerlukan sedikit tekanan sehingga, mengeluarkan bunyi snap”.

Thursday, May 10, 2012

TAJUK :PENGENALAN TENTANG KABEL RANGKAIAN






TUJUAN :

Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai jenis kabel rangkaian dan mengenalpasti penggunaan kabel yang sesuai untuk membina rangkaian.

PENERANGAN :

Kabel rangkaian adalah satu perantaraan untuk menggabungkan pengguna komputer dengan komputer lain untuk membuat  pehantaran data, membuat rangkaian setempat (LAN) serta rangkaian luar (WAN).  Kabel juga adalah satu peranti yang amat penting kepada pengguna komputer untuk berhubung.  Ia juga mempunyai beberapa jenis kabel serta fungsi pehantaran yang berbeza.

1.   TWISTED-PAIR CABLE


           i.       Kabel Pasangan berlingkar atau Twisted pair adalah kabel yang digunakan di dalam rangkaian komputer. Kabel ini menggunakan spesifikasi 10BaseT di dalam kebanyakan jenis rangkaian kabel twisted pair yang popular. Panjang segmen maksimum bagi kabel ini ialah 100 meter. twisted pair mengandungi dua wayar kuprum yang berpenebat. Spesifikasi twisted pair bergantung kepada jumlah bila ngan pintal bagi setiap 12 inci panjang kabel. Twisted pair juga banyak digunakan di dalam pendawaian telefon.Twisted pair digunakan untuk sambungan ethernet, kabel twisted pair yang biasa digunakan adalah kabel yang terdiri dari 4 pasang kabel yang terpilih. Dari 8 buah kabel yang ada pada kabel ini, hanya 4 sahaja yang diguna untuk mengirim dan menerima data. RJ45 adalah penyambung kepada kabel twisted pair.

         ii.       Dua jenis kabel twisted – pair yang biasa digunakan ialah :-

              a)  Unshielded Twisted Pair (UTP)
b)  Shielded twisted pair (STP).

1.1   Unshielded Twisted Pair (UTP)
           i.       Kabel UTP adalah medium yang sering kali digunakan dalam rangkaian computer. Modem Ethernet adalah salah satu peralatan yang digunakan bagi menyalurkan data rangkaian.yang terdiri daripada tembaga yang berpintal.  Kabel ini digunakan dalam pelbagai rangkaian dan mempuyai lapan kabel dan disaluti oleh bahan jaket penebat. Selain itu ianya berpintal mengikut warna yang telah ditetapkan.








           i.       Kabel UTP perlu disambugkan dengan menggunakan penyambung yang dinamakan RJ-45. Dan digunakan untuk menyambung komputer ke Local Area Network (LAN).RJ45 ialah singkatan kepada Register Jack.Ada beberapa jenis RJ antaranya RJ11, RJ14, RJ21, RJ25, RJ45, RJ48 dll. RJ memiliki banyak type, tetapi yang sering digunakan adalah RJ11 dan RJ45.








   




   i.       Kebiasaanya kabel UTP dipasang mengikut katagori seperti jadual dibawah :-


Category                

 Speed

Use

1

1Mbps
Voice Only (Telephone Wire)

2

4 Mbps
LocalTalk& Telephone (Rarely used)

3

16 Mbps
10BaseT Ethernet

4

20 Mbps
Token Ring (Rarely used)

5

100 Mbps (2 pair)
1000 Mbps (4 pair)
100BaseT Ethernet
Gigabit Ethernet

5e

1,000 Mbps
Gigabit Ethernet

6

10,000 Mbps
Gigabit Ethernet






1.2.  Shielded Twisted Pair (STP)



           i.       Shielded Twisted Pair (STP)ialah kabel Twisted Pair yang mempunyai pelindung/shield. STP tidak sesuai digunakan untuk persekitaran yang dikelilingi oleh peralatan elektrik. STP sering digunakan untuk rangkaian yang menggunakan Token Ring Topology. Keburukkan atau kekurangan penggunaan STP ialah penghantaran data melaluinya boleh terganggu oleh signal dari radio dan elektrical interference.Namun, pemasangan kabel STP juga boleh menggunakan penyambung RJ sama yang menggunakan UTPiaitu penyambungan RJ-45.






           i.       Berikut merupakan cirri kabel STP :-



a)  Kelajuan dan throughput-10 hingga 100 Mbps

b)  Kos untuk memasang adalah sangat tinggi

c)  Maksimum panjang kabel adalah 100 meter



1.2.  Kod Warna Bagi Pemasangan Twisted Cable



           i.       Dalam rangkaian twisted pair cable, iadi capai melalui beberapa ujian menyeluruh sesuai dengan Telecommunications Industry Association (TIA) atau Pertubuhan antarabangsa untuk Standarisasi (ISO) standard.



          ii.       Ujian ini dilakukan dengan menggunakan alat uji spesifikasi yang memberikan petunjuk “LALUAN” atau“ GAGAL” perhantaran maklumat.  Penyusunan code pemasangan UTP perlulah mengikut standard EIA/ TIA 568A atau EIA/ TIA 568B.



PIN


EIA/ TIA 568 A

EIA/ TIA 568B
1
PUTIH HIJAU
PUTIH OREN
2
HIJAU
OREN
3
PUTIH OREN
PUTIH HIJAU
4
BIRU
BIRU
5
PUTIH BIRU
PUTIH BIRU
6
OREN
HIJAU
7
PUTIH COKLAT
PUTIH COKLAT
8
COKLAT
COKLAT






           i.       Pemasangan twisted pair cable terbahagi kepada dua bahagian iaitu :-



a)  Stright cable untuk pemasangan PC kepada Switch/ Hub

Straight  => Device yang berlainan
(hujung 1 : Straight-T568A , hujung 2 : Straight-T568A)



b)  Cross cable untuk pemasangan PC kepada PC ( Peer To Peer )

Crossover  => Device yang sama
(ujung 1 : Straight-T568A , ujung 2 : Crossover-T568B)





1.         MEMBANDINGKAN JENIS MEDIA



           i.       Jadual dibawah adalah jadual perbandigan jenis-jenis media yang digunakan :-




MEDIA


MAX

KELAJUAN

KEBAIKAN

KEBURUKAN

UTP

100 m

10 Mbps sampaidengan 1000 Mbps

Mudah untuk dipasang; banyak tersedia dan banyak digunakan


Rentan terhadap gangguan; boleh hanya merangkumi jarak terhad

STP


100 m

10 Mbps sampai 100 Mbps


Mengurangkan crosstalk, lebih tahan terhadap EMI dari thin net atau UTP


Sukar untuk bekerja dengan; boleh hanya merangkumi jarak terhad

Coaxial


500 m (Thicknet)

185 m (thinnet)


10 Mbps sampai 100 Mbps


Kurang mengalami gangguan EMI daripada jenis lain media tembaga


Sukar untuk bekerja dengan (Thicknet); bandwidth terbatas; aplikasi terhad (thinnet); kerosakan kabel boleh membawa keseluruh rangkaian

Fiber-Optik



10 km danlebihjauh (single-mode)

2 km danlebihjauh (Multimode)

100 Mbps hingga 100 Gbps (single mode)

100 Mbps sampaidengan 9,92 Gbps (Multimode)

Tidak boleh disadap, sehingga keselamatan lebih baik, boleh digunakan pada jarak yang besar; tidak terdedah kepada EMI; mempunyai data rate lebih tinggi daripada penyambung coaxial dan kabel twisted-pair

Suka runtuk menamatkan


What other information is needed for an item?


Brand

Supplier

Purchase price

Selling price

  Product Group

Component

FG

Service

Stockable/non-stockable
 
 
Product code



Finished goods and Semi Finished goods must also have item numbers or product codes.

 

  Besides having a product code, a Bill of Material (BOM) must also exist.